Monday, August 24, 2009

Betukah zakar lebih mantap jika selalu digunakan


Zakar amat penting bagi alam perkahwinan Tetapi adakah saiz amat penting untuk isteri?

MEMILIKI anggota seksual sempurna menjadi idaman semua lelaki. Jarang lelaki memiliki anggota seksual kecil atau cacat.

Jika ada, masalah ini memberi perasaan rendah diri dan sukar bergaul dengan masyarakat, lebih-lebih lagi dengan wanita.

Sebilangan besar lelaki memiliki anggota seksual yang berfungsi normal, boleh mencapai kekerasan apabila terangsang dan berukuran biasa untuk lelaki Asia (panjang 9-14 sentimeter/sm dan ukur lilit 8-13sm) tetapi sebilangan mereka rasa tidak puas, lebih lagi yang bertubuh rendah dan inginkan alat kelamin lebih besar.

Mereka beranggapan, jika berbadan tinggi atau besar, ukuran zakar patut begitu! Sebenarnya bentuk, saiz, termasuk ukuran panjang dan ukur lilit zakardipengaruhi keturunan, bangsa dan baka.

Anggota seksual lelaki jika kerap digunakan akan kelihatan mantap. Tinjauan beberapa peninjau seks dan wanita menyatakan, zakar kelihatan mantap dan ‘besar’ jika kerap digunakan. Sebaliknya, jika lama tidak digunakan, ia kelihatan kecil dan kecut.

Tidak salah untuk membelai anggota sulit dengan krim dan sentuhan ringan sekali sekala untuk kesejahteraan anggota itu, tetapi elak beronani kerana khuatir menjadi ketagih dengan perbuatan itu dan mengakibatkan masalah lain.

Menyapu anggota seksual dengan minyak tertentu seperti minyak lintah atau minyak dhab bukan cara untuk membesarkan anggota seksual.

Losyen mengandungi herba tertentu, termasuk ekstrak ikan belacak, dapat membantu memantapkan anggota sulit sekadar strukturnya dan tidak dapat menambah saiz.

Sama juga dengan alat pam vakum yang pernah satu ketika dulu digunakan untuk menambah saiz. Apa berlaku, ia cuma meningkatkan saiz untuk sementara waktu. Hanya kulit zakar kelihatan panjang dan gelap hasil cara itu.

Begitu juga herba atau ubat yang dipaparkan dalam Internet. Semuanya mengarut dan yang panjang ialah bebanan hutang dan kerugian duit!

Alat penarik otot dan tisu anggota seksual lelaki iaitu Penis Exterder Device seperti alat andropenis ialah alat ‘penile extender’ yang dapat menambah saiz zakar antara 2-5sm jika dipakai antara empat dan enam bulan.

Alat ini dikaji tiga tahun dulu dan didapati berkesan untuk menambah saiz dan juga membantu meluruskan zakar bengkok (pengalaman kajian tempatan ke atas lebih 100 kes keberkesanannya 99 peratus baik untuk tambah saiz atau meluruskan zakar bengkok.Artikel dari Andromedical

Kembali ke halaman urut Tradisional

Andropaus, lemah syahwat bagi lelaki

Andropaus juga istilah yang belum diterima secara terbuka oleh lelaki masa kini.

Walaupun hakikatnya ia mengakibatkan hormon testosteron mula berkurangan bermula usia 40 tahun dan terus menyusut dalam kadar satu hingga dua peratus setiap tahun, andropaus bukanlah satu ancaman terhadap upaya fizikal, stamina dan kesihatan.

Sebagai langkah awal mengendalikan simptom keletihan dan gangguan mood dalam lingkungan usia tersebut, lelaki perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan sentiasa mengambil diet yang sihat selain rajin bersenam.

Kawalan terhadap stres dan depresi juga membantu seseorang mencapai keseimbangan hidup.

Kegagalan upaya ketegangan zakar untuk kekal lama dan fungsi penetrasi disebabkan oleh aliran darah yang tidak sempurna di bahagian alat kelamin itu. Ia juga disebabkan oleh otot pelvik yang lemah.

Pelbagai jenis rawatan hasil kejayaan bidang sains dan teknologi boleh dicuba antaranya seperti pam vakum, sistem gel salur kencing, implan silikon dan penyelesaian farmakologi.

“Usaha awal adalah dengan mendapatkan maklumat yang betul dan seterusnya berikhtiar untuk berubat.

“Perbincangan secara privasi boleh mendorong penderita ED untuk meluahkan isi hati,” pesan Ismail dalam banyak siri ceramah beliau.

Mereka yang mengalami tanda-tanda ED dan yang berkaitan dengan keupayaan seksual dinasihatkan agar berfikir sehabis-habisnya sebelum percaya kepada kaedah perubatan tradisional seperti mengurut dan amalan pemakanan yang pelik.

Cara mengurut juga satu pilihan popular namun belum tentu berkesan. Urutan batin biasanya melibatkan tekanan ke atas saraf pada alat sulit dan pangkal zakar.

Jika ia terus dilakukan dengan kasar atau dikendalikan oleh tukang urut yang tidak berpengalaman dalam soal saraf, masalah lain boleh berlaku seperti radang pada pangkal zakar dan buah zakar.

Lelaki perlu berhati-hati dengan pilihan tersebut

Sumber dari bahan bacaan diinternet

Kembali ke laman Urut Tradisional

Zakar senak kerana hernia

Mungkin sebelum ini pembedahan disifatkan sebagai rawatan akhir untuk mengatasi masalah berkaitan burut atau angin pasang atau hernia dan hasilnya memang menakutkan apabila pesakit tidak keluar dari dewan bedah secara selamat!

Itu sebenarnya cerita dongeng dan jika ada kebenaran, hasil sedemikian hanya berlaku kerana penyakit itu menjadi ketara sehingga usus yang terkeluar itu terpulas dan menjadi septik disebabkan perjalanan darah kepada gumpalan usus itu tersekat dan individu itu dalam keadaan nazak!

Sebenarnya perkara ini yang kita tidak mahu, iaitu usus yang terkeluar dan masuk ke dalam kantung buah zakar melalui pembukaan yang sepatutnya tiada.

Ia terjadi kerana kelemahan dinding perut atau kerana ada ruang yang terbuka antara perut dan kerandut. Ia terpulas dan berpuntal apabila banyak ketulan usus masuk dan tertekan antara satu dengan yang lain dan menyebabkan saluran darah usus tersekat, menyebabkan usus menjadi septik dan maut.

Jadi rawatan tradisional mengurut ketulan usus yang terkeluar itu untuk kembali dalam perut adalah perbuatan berbahaya. Ini kerana usus boleh tercedera akibat kekasaran yang dilakukan melalui urutan itu.

Jadi masalah angin pasang boleh dirawat secara moden, melalui pembetulan atau ‘repair’ kelemahan dinding yang menyebabkan usus terjojol dalam rongga seperti kantung buah zakar.

Doktor juga akan memasukkan kembali usus yang terkeluar ke dalam perut dan menutup pembukaan atau ruang yang lemah itu supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Anda dan suami jangan lengah-lengahkan pembedahan itu kerana lagi lama anda tunggu, banyak gumpalan usus akan masuk dan ia boleh meningkatkan risiko perjalanan makanan dalam usus tersumbat serta menimbulkan masalah lain yang lebih serius.

Saya tidak dapat memberi banyak penjelasan kepada anda kerana saya tidak tahu jenis hernia yang suami anda alami. Saya syorkan anda ikut nasihat doktor dan jangan lengah-lengahkan rawatan pembedahan.

Ia sebenarnya prosedur pembetulan dan bukan membedah buah ketulan itu!

SUMBER MASALAAH sakit tuan Harian Metro
bersama Dr.Ismail Thamby

KEMBALI KE HALAMAN Urut Tradisional

Tiada ereksi pagi seperti kebiasaan

Ereksi pagi atau ‘Nocturnal Penile Tumescence’ berlaku pada awal pagi ketika lelaki itu tidur nyenyak atau tidur yang dikenali sebagai REM (Rapid Eye Movement) Sleep.

Jadi jika tiada REM Sleep atau tidur tidak nyenyak kerana kerap terbangun atau tidur lewat, ereksi pagi pasti kurang kelihatan dan kurang mantap.

Apabila terjaga secara tiba-tiba, baru nampak ereksi berkenaan dan jika tidak, ia tidak kelihatan.

Sehubungan itu, nasihat kepada mereka yang tidak mengalami ereksi pagi, jangan mudah terpengaruh dengan fenomena itu.

Jika anda mendapati ereksi pagi kurang kelihatan atau hanya singkat, kemungkinan kemunculannya tidak mengikut jadual seperti dulu.

Mungkin ereksi pagi menjadi lebih jelas pada awal pagi atau ketika anda terjaga secara tiba-tiba atau ketika bangun membuang air kecil.

Bagi mereka yang tidak mengesan ereksi pagi tetapi kemampuan seksual masih normal, di nasihatkan anda supaya mula melakukan senaman secara berkala kerana ereksi pagi anda akan menjadi lebih kelihatan.

Berkaitan dengan kelajuan ejakulasi (pancutan air mani) pula, ia tiada kena mengena dengan tahap kesuburan. Jika seseorang lelaki itu menahan ketika air maninya hendak terpancut, ejakulasi menjadi lemah.

Untuk menguatkan pancutan, lelaki hendaklah menggerakkan zakar dengan kuat dalam keadaan otot lantai pelvis wanita sedang mencengkam, atau gerak zakar dalam keadaan kemut.

Perlu diingatkan, tanpa rangsangan, air mani juga berkurangan. Seperti saya katakan di atas, jangan menahan ketika hendak ejakulasi kerana air mani dan pancutan menjadi lemah.

SUMBER MASALAAH sakit tuan Harian Metro
bersama Dr.Ismail Thamby

KEMBALI KE HALAMAN Urut Tradisional

Wednesday, October 15, 2008

Bahaya onani

SELAMAT DATANG

BERONANI sudah menjadi seperti masalah lazim yang dihadapi lelaki kerana banyak soalan diajukan berkaitan ruangan ini. Berikutan itu saya gabungkan beberapa masalah yang kebanyakannya berkaitan ‘ketagih onani’ untuk renungan bersama.

Sebenarnya, dalam bidang perubatan banyak pertikaian mengenai amalan itu, dengan kebanyakan pakar psikologi berpendapat ia satu cara untuk mengenali diri secara mendalam, terutama mengenai tindak balas perasaan syahwat dan kemuncak rangsangan seksual.


Masalah itu membabitkan semua peringkat usia dengan sebahagian besarnya remaja dan bujang, tetapi golongan berkahwin turut tidak ketinggalan dengan amalan ini, malah ada yang menyifatkan berasa lebih puas dengan beronani.

Anda boleh bayangkan tekanan yang diberi kepada anggota sulit dan sistem syahwat apabila beronani. Jika anda melakukan onani secara luar biasa seperti rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.

Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome’. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.

Selain itu, jika merangsang anggota sulit dengan ganas sehingga mengakibatkan ia sakit dan bengkak, mungkin satu hari nanti anda mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.

Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj wanita.

Berkaitan benih dan kesuburan, ia bukan dalam pengaruh onani. Bagi anda yang sihat dan buah zakar berfungsi dengan baik, ia pasti mampu menghasilkan sperma.

Namun, kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani. Jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang’.

Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda meragut atau mencederakan buah zakar.

Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda menjadi mandul.

Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar dihentikan, kecuali berlaku perkara memudaratkan seperti keradangan buah zakar dan kebengkakan zakar.

Bagaimanapun, sudah terlewat jika tiada cara merawatnya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.

Sumber Harian Metro

KEMBALI KE HALAMAN Urut Tradisional


Monday, July 28, 2008

Saiz zakar sihat

Lelaki mempunyai sepasang buah zakar dan kedudukannya dalam kerandut. Ada juga lelaki yang tiada buah zakar dan ini berlaku kerana ia tidak menjadi atau buah zakarnya tidak turun ke dalam kerandut ketika dia di dalam rahim ibunya.

Perkara sama ada lelaki itu tiada buah zakar atau kedua-dua buah zakarnya terkandas dalam perut hanya dapat dikesan melalui ujian imbasan.

Ada juga lelaki yang mempunyai satu buah zakar dan satu lagi memang tidak menjadi atau terkandas dalam perjalanan dari perut ke dalam kerandut.

Jika itu berlaku, buah zakar yang tersangkut itu perlu diturunkan melalui pembedahan dalam masa usia dua tahun. Jika terlewat diturunkan, ada kemungkinan ia tidak berfungsi dengan baik.

Sama juga untuk lelaki yang mempunyai dua buah zakar tersangkut dalam perut. Ia perlu diturunkan melalui pembedahan. Begitu juga dengan buah zakar yang ada di luar kawasan kerandut seperti tundun atau kelangkang.

Buah zakar perlu dimasukkan ke dalam kerandut kerana buah zakar yang tiada dalam kerandutnya terdedah kepada tekanan dan kemungkinan berisiko berubah menjadi kanser buah zakar!

Mengenai buah zakar anda yang mungkin mengalami masalah tumbesaran, sebenarnya tumbesaran buah zakar agak kompleks apabila seseorang lelaki itu baligh atau lebih kurang usia 18 tahun.

Selepas itu buah zakar tidak lagi mengembang tetapi ada kemungkinan ia boleh mengecut jika mengalami kecederaan atau jangkitan (seperti jangkitan mumps atau viral orchitis).

Untuk pengetahuan saudara, saiz buah zakar yang matang dan sihat adalah 10 mililiter lebih kurang ¾ saiz ibu jari kaki.

Jika isi padu kecil, kemungkinan kilang tidak berfungsi dan tidak dapat menghasilkan sperma.

Alat pengukur buah zakar dikenali sebagai Praders Orkidometer. Jika mahu tahu sama ada dia dapat menghasilkan sperma kerana was-was mengenai saiz buah zakar, seseorang itu boleh jalani ujian air mani.

Untuk tujuan itu, dia perlu mengeluarkan air maninya dalam bekas plastik yang dibekalkan oleh pihak makmal.

Ujian itu lebih perlu selepas seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga. Jika dia buat ujian itu sebelum berkahwin dan keputusannya pula normal, tentu ia tidak bermakna, tambahan pula profil air maninya juga boleh berubah dari semasa ke semasa!

Jadi, di syorkan anda berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Jika perlu, doktor akan jadualkan ujian air mani untuk anda.

Sumber harian metro

KEMBALI KE HALAMAN Urut Tradisional