Monday, July 28, 2008

Saiz zakar sihat

Lelaki mempunyai sepasang buah zakar dan kedudukannya dalam kerandut. Ada juga lelaki yang tiada buah zakar dan ini berlaku kerana ia tidak menjadi atau buah zakarnya tidak turun ke dalam kerandut ketika dia di dalam rahim ibunya.

Perkara sama ada lelaki itu tiada buah zakar atau kedua-dua buah zakarnya terkandas dalam perut hanya dapat dikesan melalui ujian imbasan.

Ada juga lelaki yang mempunyai satu buah zakar dan satu lagi memang tidak menjadi atau terkandas dalam perjalanan dari perut ke dalam kerandut.

Jika itu berlaku, buah zakar yang tersangkut itu perlu diturunkan melalui pembedahan dalam masa usia dua tahun. Jika terlewat diturunkan, ada kemungkinan ia tidak berfungsi dengan baik.

Sama juga untuk lelaki yang mempunyai dua buah zakar tersangkut dalam perut. Ia perlu diturunkan melalui pembedahan. Begitu juga dengan buah zakar yang ada di luar kawasan kerandut seperti tundun atau kelangkang.

Buah zakar perlu dimasukkan ke dalam kerandut kerana buah zakar yang tiada dalam kerandutnya terdedah kepada tekanan dan kemungkinan berisiko berubah menjadi kanser buah zakar!

Mengenai buah zakar anda yang mungkin mengalami masalah tumbesaran, sebenarnya tumbesaran buah zakar agak kompleks apabila seseorang lelaki itu baligh atau lebih kurang usia 18 tahun.

Selepas itu buah zakar tidak lagi mengembang tetapi ada kemungkinan ia boleh mengecut jika mengalami kecederaan atau jangkitan (seperti jangkitan mumps atau viral orchitis).

Untuk pengetahuan saudara, saiz buah zakar yang matang dan sihat adalah 10 mililiter lebih kurang ¾ saiz ibu jari kaki.

Jika isi padu kecil, kemungkinan kilang tidak berfungsi dan tidak dapat menghasilkan sperma.

Alat pengukur buah zakar dikenali sebagai Praders Orkidometer. Jika mahu tahu sama ada dia dapat menghasilkan sperma kerana was-was mengenai saiz buah zakar, seseorang itu boleh jalani ujian air mani.

Untuk tujuan itu, dia perlu mengeluarkan air maninya dalam bekas plastik yang dibekalkan oleh pihak makmal.

Ujian itu lebih perlu selepas seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga. Jika dia buat ujian itu sebelum berkahwin dan keputusannya pula normal, tentu ia tidak bermakna, tambahan pula profil air maninya juga boleh berubah dari semasa ke semasa!

Jadi, di syorkan anda berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Jika perlu, doktor akan jadualkan ujian air mani untuk anda.

Sumber harian metro

KEMBALI KE HALAMAN Urut Tradisional